Dunia milik aku?

 
Aduhai... dalam pada fikiran sesak tak tahu nak buat apa teringat pula peristiwa kemarin. Kisah remaja melayu nak jadi mat saleh...

Alkisah bermula begini bila aku pergi untuk memenuhi jemputan seoran rakan untuk menhadiri satu pertandingan kugiran. Semangat juga melihat aksi-aksi band tempatan beraksi. Ada yang bagus dan ada juga yang syok sendiri. Ada yang kreatif ada juga yang hanya belagak. Namun begitu ada satu pemandangan menyakitkan mata berlaku dibelakang pentas. Sepasang muda mudi asyik memadu asmara umpama dunia milik mereka tanpa perdulikan orang lain.

Apa mereka ingat ini negara barat yang kononnya maju tetapi runtuh akhlaknya. Bukan nak mengata diri ini baik tetapi jagalah adab dan sopan ketika dikhalayak. Jika kemaruk sangat biarlah bertempat. Kenapa ramai sangat remaja kita jadi begini. Konon kebebasan tapi kebebasan yang macam mana jika minda dijajah. Kelak disalahkan media kerana mempertontonkan adengan sumbang dikaca TV.

Bukan TV puncannya, bukan bluetooth asalnya tetapi minda remaja kita yang lemah. Jangan salah faham bukan semua remaja seperti itu. Malah ramai lagi yang baik dan mampu memimpin negara masa akan datang. Mampu menjulang prestasi kepuncak dunia hinggakan Malaysia gemilang dimata dunia.

0 ulasan: