Kejadian tanah runtuh - apa yang telah kita pelajari?

Kita kembali dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh. Kali ini membabitkan sebuah rumah anak yatimdi Hulu Langat yang mengorbankan beberapa nyawa dan kecederaan kepada 25 orang penghuni rumah anak yatim tersebut. Kita masih lagi teringat peristiwa Higland Tower pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa dan beberapa lagi kejadian tanah runtuh yang belaku sebelum ini.

Puncanya kejadian hujan lebat yang berterusa, keadaan tanah yang tidak setabil dan sebagainya. Tetapi bagi aku lebih senang aku cakap semua berpunca dari kerakusan segelintir manusia yang hanya tahu memenuhkan poket sendiri tanpa memikirkan akibatnya  kepada alam sekitar. Sekarang ni di TV kita sering melihat beberapa kawasan hutan yang di tebang tanpa kawalan hinggakan tanahnya terdedah kepada hakisan.


Dalam kejadian tanah runtuh yang melibatkan rumah anak yatim ini selain dari hujan yang berterusan, jenis tanah dan cerunan juga menjadi factor kepada kejadian tanah runtuh. Tapi takkan tiada satu kajian yang dibuat sebelum rumah anak yatim ini dibuat. Kita sepatunya dapat mempelajari sesuatu dari peristiwa tanah runtuh yang berlaku. Seingatku juga, kerajaan telahpun member garis panduan berkaitan dengan pembangunan dikawasan cerun dan berisiko ini.

Tragedi sebegini boleh dielak jika semua pihak mematuhi arahan pihak berkuasa. Seperti kejadian tanah runtuh yang melibatkan rumah anak yatim ini sebenarnya boleh dielak jika pihak berkenan melapurkan secara terperinci kepada pihak JKR mengenai pergerakan tanah dikawasan itu yang telah dikesan sebelum kejadian menyayat hati ini berlaku. Tapi sekarang menyesalpun dah tak berguna lagi. Benda dah jadi nak buat apa lagi Cuma aku harap biarlah selepas ini tiadalagi kejadian-kejadian serupa yang mengorbankan banyak nyawa terutama nyawa anak-anak muda yang menjadi harapan negara.

Senarai nama mangsa tanah runtuh di Hulu Langat
Terkorban
  1. Azrel, (8)
  2. Nael (8)
  3. Shahrul, (9)
  4. Boboy, (10)
  5. Farid, (34)
  6. Eqim *
  7. Zaim *
  8. Angah *
  9. Rahimi *
  10. Zaid Ashwal (18)
  11. Riz (9)
  12. Fahad (9)
  13. Hazim, (9)
  14. Lokman (11)
  15. Aiman (10)
  16. Hasril (11)
Terselamat
  1. Khairul, (9)
  2. Hairis *
  3. Harris *
  4. Akmal *
  5. Aizat *
  6. Alaudin *
  7. Irwan, (33)
  8. Din, (30)
  9. Syafiz, (22)
* umur tidak diketahui – Sumber Bernama

Kronologi tanah runtuh di Malaysia.
  • 11 Disember 1993: 48 maut apabila tiga blok kondominium 12 tingkat Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor, runtuh akibat gelinciran tanah, sekali gus meruntuhkan bangunan berkenaan
  • 25 Disember 1997: Tiga terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam kejadian di Km 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor 
  • 15 Mei 1999: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang, Selangor, terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian jam 5.20 pagi yang menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu 
  • 2 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga bekas Pengerusi Affin Bank, ranap selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan. Kejadian itu mengorbankan isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya, Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia
  • 31 Mei 2006: empat sekeluarga terkorban akibat tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang, Selangor 
  • 30 November 2008: Dua beradik mati tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Ulu Yam, Selangor. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, tidur dalam bilik mereka apabila tebing di belakang rumah runtuh lalu menghempap bahagian rumah banglo itu 
  • 6 Disember 2008: Tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, menggemparkan negara apabila meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo

Takziah aku ucapkan kepada semua mangsa tanah runtuh. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat.

0 ulasan: