Nasi lemak punya isu


Apalah punya orang. Nasi lemak disekolah pun nak jadikan isu kah?Dah tiada benda lainkan yang nak di isukan. Biarlah penjualan nasi lemak diteruskan. Lagipun bukankah nasi lemak dah diistiharkan sebagai makanan Malaysia. Bagi akulah ini bukan satu masalh besar yang perlu dibising-bisingkan. Tidak akan gemuk seseorang itu jika makan nasi lemak hari-hari. lagi pun pelajar sekolah bukannya ada duit sangat nak makan nasi lemak sampai 5 bungkus satu orang pun. Kalau takat sebungkus sehari takda masalah punya. Penjualan rokok tak pula di isukan. Rokok lagilah terang-terang memudaratkan.

Dahulu masa angkasawan nak pergi angkasa, semua sibuk-sibuk nak suruh bawa nasi lemaklah, roti canailah, teh tariklah. Apasal tak suruh bawa proton wira sekali naik ke angkasa tu. Ni nasi lemak yang harga RM1.00 pula nak disekat. Nak suruh makan apa pelajar-pelajar tu kat sekolah. Nak makan nasi campur mahal nanti pelajar minta duit lebih sebab nak beli makanan salahkan kerajaan pula kata tak perihatin masalah rakyat.

Cuba-cubalah cari isu yang bermanfaat sikit. Banyak lagi isu yang boleh diperdebatkan selain dari isu remeh temeh ini.Aku bukan nak memandai mahu mengkritik orang lain tapi aku rasa ralat la pula bila sana sini orang kata pasal nasi lemak ini. Dah macam tak ada agenda lain.

2 ulasan:

kenalinegaraku4u2c berkata...

Salam Sejahtera...Huuhh,AMATLAH SETUJU..Barang makan,MANA BOLEH DISEKAT.Dah kehabisan isu,pegi balik,pegi balik,TIMBULKAN ISU PELIK.

Tanpa Nama berkata...

betul2 aku sokong...ni kes nak sekat rezeki mck2 kantin tu lah