Assalamualaikum
Sekarang ni semua heboh cerita terdapat gerakan yang cuba menggantikan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Adui kenapalah ini berlaku… Semakin hari aku tengok semakin banyak pula masalah-masalah yang timbul dilakangan rakyat Malaysia. Tak sayang perpaduan ka korang semua ni…?
Aku bukanlah sorang pakar undang-undang yang layak membahaskan isu ini. Tapi aku cukup sedih kenapa ada gerakan-gerakan sebegini dijalankan di Malaysia tercinta. Adakah menjadi masalah jika Islam terus kekal sebagai agama rasmi. Walaupun perlembagaan mengatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi perlembagaan juga tidak melarang untuk penganut agama lain mengamalkan agama mereka.
Ada yang cakap kat aku “kau apa tahu. Kau bukan peguam untuk bercakap tentang pelembagaan”. Betullah aku bukan peguam tapi aku juga rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian lagipun aku bukan bercakap sebagai seorang peguam (sebab aku memang bukan peguam). Aku bercakap sebagai seorang rakyat yang hanya memandang sesuatu berdasarkan kotak fikiran aku.
Bagi akulah tak perlulah kita kecoh-kecoh pasal nak tukar agama rasmi ini. Untuk mereka-mereka yang berura-ura untuk menukar pelembagaan ini cubalah berfikir sejenak sebab ada lagi yang lebih penting yang boleh korang perjuangkan selain dari mencetuskan idea gila ini. Apa korang ingat senangkah nak tukar-tukar akta. Daripada parlimen sibuk bahaskan benda ni baik lagi kita sama-sama cari jalan macam mana nak majukan negara kita ni. Baik kita sama-sama cari jalan macam mana agar perpaduan negara tidak tergugat. Baik kita sama-sama cari jalan macam mana nak tingkatkan ekonomi agar harga barang dapat juga diturunkan. Tak kasihankan dengan rakyat kecil yang hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Mungkin korang semua berpendapatan tinggi hinggakan sudah buta untuk menilai kesusahan orang lain. Sampaikan sanggup perjudikan sesuatu yang amat berharga demi agenda peribadi korang yang mengarut itu.
Kat sini aku nak tanya, apakah dengan menukar agama rasmi akan menjadikan negara kita maju mendadak? Aku rasa tidak. Lagi pun Islam tidak pernah menghalang kemajuan.
Diharap semua pihak terutama pihak kerajaan dapat memandang serius perkara ini. Sebab tidak mustahil isu ini didalangi oleh pihak luar yang mahu melihat Malaysia bergolak agar senang dijajah kembali. Oleh itu sedarlah wahai rakyat Malaysia sekalian perpaduan itu penting untuk kita jaga. Walaupun Islam sebagai agama rasmi tetapi perlembagaan juga tidak menghalang penganut agama lain dari mengamalkan agama masing-masing. Jadi isu ini tak sepatutnya ada.
Tolonglah jangan kerana agenda politik hinggakan agama sanggup dipermainkan dan keamanan serta perpaduan diperjudikan.
Maaflah kalau ada yang tak senang dengan tulisan aku ini. Ini adalah pandangan peribadi aku yang tak suka kepada perpecahan yang semakin ketara sekarang. Ayuh kita rapatkan kembali perpaduan antara kita tanpa mengira kaum dan juga agama.Sama-sama kita saling hormat menghormati terhadap pegangan masing-masing.
1 ulasan:
Salam
Saya suka dengan cara anda...anda sentiasa mempunyai sudut pandangan yang berbeza dengan orang lain dalam bercakap berkaitan dengan satu2 isu. teruskna menulis banyakkan lagi artikel anda
Catat Ulasan