Analisa Malaysia vs Taiwan


Seperti yang diharapkan Malaysia berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakkan bola sepak Piala Dunia untuk bertemu dengan Singapura dengan kelebihan gol di tempat lawan apabila tewas kepada Taiwan dengan jaringan 3-2. Pada perlawanan pertama di Bukit Jalil Malaysia Berjaya mengalahkan Taiwan dengan jaringan 2-1.


Pada pusingan kedua nanti yang dijadualkan berlangsung pada 23 Julai 2011 di Singapura, Malaysia dijangka akan mendapat kesukaran jika tiada satu tindakan drastik yang dibuat oleh pasukan terutama di barisan pertahanan. Pasukan Negara dilihat sering mudah hilang tumpuan terutama di saat-saat akhir perlawanan terutama dibarisan pertahanan. Ini terbukti dengan jaringan yang diperolehi oleh pasukan Taiwan samada pada perlawanan pertama dan kedua adalah hasil dari kealpaan barisan pertahanan.

Pemain Negara juga terlalu suka menyimpan bola terlalu lama terutama dikawasan berbahaya dan sering hanya melihat pemain lawan memegang bola tanpa cuba untuk mengasak dan merampas bola dari kaki lawan. Ini akan memudahkan pemain lawan mengatur gerakan.

Selain pertahanan, barisan tengah juga perlu lebih agrasif dalam menjana serangan dan sebaik-sebaiknya bahagian tengah hendaklah cuba sedaya upaya untuk merampas bola dari lawan bagi mengurangkan resiko dan tekanan di barisan pertahanan. Setakat ini belum ada lagi pemain yang mampu menjadi play maker  di barisan tengah dan ini perlu menjadi perhatian K Rajagobal.

Kebergantungan Negara kepada penyerang Safee Sali juga dilihat membawa sedikit impak negatif dalam pasukan. Ini dapat dilihat dengan ketumpulan jentera serangan ketika menentang Taiwan. Dengan kecederaan Safee Sali dilihat menyukarkan pasukan dalam memburu gol sedangkan Penyeran lain seperti Norsharul, Abd Hadi dan Fakhri Shaarani dilihat seperti tidak bermaya dalam memburu gol.

Strategi baru yang lebih proaktif perlu digunakan oleh K Rajagobal jika mahu melihat pasukan Negara terus melakar kejayaan.  Corak permainan yang lebih pantas perlu diterapkan terutama ketika berhadapan dengan Singapura yang diperkuat oleh barisan awing import. Dengan kepantasan kita mampu menutup kelemahan fizikal yang sering menjadi masalah bagi mana-mana pasukan dari Asia.

Sokongan tidak berbelah bagi dari rakya Malaysia untuk pasukan Malaysia. Semoga Berjaya.

0 ulasan: