Banjir lagi

 Sepanjang ingatan akulah baru kali ini dalam masa sebulan 3 kali banjir melanda Beaufort. Tak tahulah kenapa bajir kerap sangat menjengah dan mennjadi tetamu yang tak diundang.Masih lagi ku ingat ketika aku masih kecil banjir hanya berlaku sekali dalam setahun iaitu dalam bulan November ataupun Disember.Tapi kali ini kerap sangatlah pula.

Asalkan hujan turun gerenti banjir punyalah. Mungkin inilah yang harus dibayar atas pembangunan sekarang. Hutan dah banyak ditebang, bukit banyak yang dah rata. Bukan nak menyalahkan pembangunan tetapi sifat kerakusan manusia itu yang dikesali. Pembangunan tanpa terancang mungkin itu puncanya. tapi apalah aku boleh buat. Aku bukan YB yang hebat berkata-kata, berapi-api dalam ucapan. Aku cuma rakyat kecil yang hanya tahu menulis dalam blog sebagai luahan perasaan sahaja dan berharap akan tiba bantuan yang amat-amat kami harapkan.

Apapun terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi memberikan bantuan ketika kami dalam kesusahan. Terima kasih jugalah kepada YB kami yang mungkin dari jauh menagisi kesusahan kami lalu handirlah bantuan kepada kami. Namun satu kami minta cuba-cubalah atasi masalah banjir ini agar ia tidak berulang. jangan sampai berita TV melapurkan mangsa banjir yang kehilangan bukan sahaja harta benada tetapi juga nyawa.

1 ulasan:

kenalinegaraku4u2c berkata...

Selamat Sejahtera.Dengan hanya beberapa patah ayat ku baca,saya sudah tertarik dengan cara penulisannya.Terus saya meninggalkan jejak(follow)Saya juga bersimpati dengan saudara diatas kekerapan banjir disana.Saya juga sangat bersetuju dengan pendapat saudara tentang bencana banjir yang kerap berlaku.Apapun,teruskan menulis dan pasti saya akan kesini lagi.Thanks for sharing.