Satu lagi penyelewengan harta rakyat

Kali ini aku nak cakap mengenai sikap segelintir peniaga terutama peniaga yang mempunyai kedai runcit. Peristiwa ini baru sahaja berlaku pada diri aku sendiri iaitu ketika aku hendak membeli beras.

Beras Nasional seperti yang kita tahu adalah untuk kegunaan rakyat yang tetapi telah disalah gunakan oleh peniaga yang sengaja menyembunyikan beras tersebut untuk kegunaan sendiri. Kedai yang saya maksudkan ialah Zulfia Super Store yang terletak di Lot no 6 & 7, Bandar Emas light industri. KM 2 KK - Beaufort Highway, Beaufort Sabah. Kedai ini telah menyembunyikan beras subsidi beratus-ratus Kg untuk kegunaan restorannya yang berhampiran dengan kedai runcitnya ini dengan tujuan untuk mengaurt keuntungan lebih. Jika anda pergi ke Zulfia Super Store anda tidak akan berjumpa dengan beras Nasional kerana semua beras ini disimpan di stor mereka yang terletak bersebelahan dengan premis Zulfia Super Store. (stornya sebelah kedai toyota). Sepatutnya kedai tersebut menjual beras Nasional kepada rakyat bukan untuk restoran mereka. Ada sesiapa yang boleh membantu dalam masalah ini kah?

Seingat saya Zulfia Super Store juga pernah terlibat dalam gerakan menyembunyikan gula dan minyak masak. tetapi entah kenapa masih tiada tindakan di ambil. Tolonglah kembalikan hak rakyat ini untuk rakyat. Bukan untuk RESTORAN ZULFIA

0 ulasan: