11.11.11??????


Hari ini ramai yang bercakap tengtang angka 11.11.11. Mungkin ada yangdah tahu kenapa tapi aku rasa ada juga yang tak tahu. Kalau tak taku biar aku bagi tahu, 11.11.11 adalah teka-teki nasional yang terbaru dan japannya hanya akan diketahui apabila tiba masanya kelak.



Para peminat teka-teki pasti sibuk mencari jawapan. Begitu juga para pemain teka-teki pasti sibuk merangka strategi untuk menang. Teka-teki apa tu sampai ada pemenang. Senang ja PILIHAN RAYAlah. Sedar tak sedar dah hampir pilihan raya lagi. Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Mengundi tanggungjawab anda.. Ini antara ayat wajib yang akan selalu kita dengar di TV bila hampir tempoh pilihanraya. Tapi aku tak pula dengan kat TV cakap sudahkah Yb tunaikan janji? KPI tanggungjawab YB semua. Aku rasalahkan kadangkala ayat ni perlu jugalah dikeluarkan kat mana iklan. Bukan apa sekadar untuk mengingatkan Yb yang mereka tu ada tanggungjawab besar. Betul tak?

Aku dah puas sangat dah pergi ke ceramah-ceramah politik ni. Ada yang tunaikan ada gak yang autar ja.. Pemimpin bertukar ganti masalah air tetap juga ada kat Menumbok dan Kuala Penyu, jalan nak pergi Long Pasia masih lagi tak berturap, banyak lagilah (bukan kerja aku nak siasat semua). Kempen berapi-rapi akan bina itu dan ini jangan hangat masa kempen saja sudah. Lepas pilihanraya MASUK ANGIN KELUAR ASAP... Ini bukan nak mengata YB, sekadar mengingatkan saja. Tak salahkan jika kita saling mengingatkan demi kebaikan. YB dapat undi rakyat pula tak rugi macam cakap orang putih win-win situationlah katakan.

So kepada semua rakan-rakan aku nasihatkan gunakalah undi anda dengan sebaik-baiknya. jangan menyesal selepas pilihanraya apabila segala-galanya tergadai sedahlah. Yang peting cari pemimpin yang boleh memperjuangkan nasib kita.

p/s tempat aku dah banyak membangun ketika ini. taklama lagi kami dapat komleks sukan. Syukur atas pembangunan. Satu lagi kami minta Yb tolonglah atasi masalah banjir ini. Dah hampir 2 bulan dah air selalu turun naik ja. Bawah rumah aku dah tak pernah kering penak nak cuci rumah tiap-tiap minggu sebab banjir.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa mendaftar sebagai pemilih...