Nak dijadikan cerita. Aku jalan-jalan kat satu Karnival Komuniti bestari yang di rasmikan oleh seorang YB "otai" entah kenapa aku mcm tak minat nak dengar apa yang dia ucapkan. Dalam 30 minit dia berucap semua cerita tentang politik ja...adui peningla sana sini politik. Berapi dia cakap tentang rancangan untuk "menang"...cubalah cerita tentang cara atasi banjir kat kawasan aku ni ada juga faedahnya.
Bosan dengan situasi tersebut aku pun tinggalkan kawasan yang memang dikhaskan untuk org2 yang suka dengan cakap2 politik. aku beralih la ke kawasan pameran. Banyak jugalah info yang aku dapat. Tapi yang membanggakan aku tengok dah ramai yang seusia aku dah terjun kedalam dunia perniagaan. Mcm aku jugalah. Barulah ada perkembangan orang mudah dah ada perniagaan sendiri. Tapi kebanyakan masih kecil macam aku jugalah. Bukan taknak kembangkan tapi masalah modal. Nak mohon bantuan payah sangat nak dapat tapi kat semenanjung ok pulak. Kat Sabah ja ni masih ketinggalan. Kalau korang semua tak kenal orang atas payahlah nak dapat bantuan. Nak kerja pun kena ada orang dalam..aduii sampai bila nak maju.. Org yang berkebolehan dinafikan haknya dan digantikan dengan org yang hancur. Jawabnya ramailah orang yang akan makan gaji buta. Org2 mcm ni buat rugi kerajaan ja bagi gaji.
Aku tgk sambutan untuk pesta kali ini mcm kurang. gerai jualan aku pun tak ramai yang beli. Tak sama dengan tahun lalu. Mungkin orang dah bosan kot. Sebab pengisianya tiada yang berubah dah tiga tahun pun itu2 ja aktivitinya. Pagi2 YB rasmi, lepas rasmi YB balik konon sibuk (atau taknak dengar masalah rakyat) tinggalah pameran yang tiap2 tahun itu2 ja yang di pamerkan...
P/S : Tidak semua YB teruk mcm di atas..ramai lagi yang bagus2 cuma segelintir ja terutama yang berpangkat VETERAN tu...
0 ulasan:
Catat Ulasan