Sebelum ini heboh di perkatakan tentang kewujudan “bir halal” di pasaran Malaysia. Isu ini mengundang banyak spekulasi. Sehubungan dengan itu beberapa sampel “bir halal” dari Timur Tengah ini telah dihantar untuk ujian makmal bagi mengesahkan kandungannya benar-benar bebas dari alcohol. Namun begitu hasil ujian mendapati “bir halal” ini mengandungi alcohol di dalamnya.
Ujian terperinci oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel dihantar pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menemui kandungan alkohol pada sebahagian sampel botol minuman diuji. Menurutnya, kedua-dua pihak sebelum ini menghantar sampel empat jenama berlainan minuman bikarbonat diimport dari beberapa negara Timur Tengah susulan kekeliruan pengguna Islam terhadap kandungannya. Difahamkan, laporan ujian kimia itu sudah diserahkan KPDNKK kepada Jakim baru-baru ini bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Jakim akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai ‘bir halal’ selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.
Isu ‘bir halal’ itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sehubungan dengan itu masyarakat Islam disaran agar berhati-hati dalam mengambil minuman ini bagi mengelakkan sebarang implikasi.
0 ulasan:
Catat Ulasan