Perebutan gelaran Juara Liga Super 2011 akan terjawab malam ini. Secara matematiknya peluang masih terbuka kepada tiga pasukan yang bersaing untuk merebut kejuaraan iaitu Kelantan, Selangor dan Terengganu.
Namun demikian Kelantan dilihat lebih berpotensi untuk merangkul kejuaraan buat kali pertama memandangkan aksi mantap yang dipamerkan senjang musim. Dengan kelebihan 2 mata dihadapan pencabar terdekat Selangor, Kelantan dilihat berkeupayaan untuk menjadi juara. Namun begitu Kelantan tidak harus memandang mudah pasukan Sabah yang bakal menjadi lawan terakhir mereka di stadium Likas. Lebih-lebih lagi Sabah mempunyai rekod yang agak baik ketika bermain di stadium Likasdan hanya pernah tewas sekali sahaja iaitu ketika menentang Tengganu. Seandainya Sabah Berjaya menewaskan Kelantan maka Selangor dan Terngganu berpeluang menjadi juara dengan syarat mereka juga perlu menang pada perlawanan terakhir.
Bagi Selangor dan Terengganu, tiada jalan lain selain menang pada pertemuan terakhir mereka dan berharap agar Sabah mampu mengalahkan Kelantan bagi menghidupkan peluang mereka untuk bergelar juara. Selangor akan berdepan dengan Perak manakal Terengganu akan menentang Felda United.
Jika perebutan kejuaraan Nampak sengit, di peringkat bawahan liga juga nampak hangat dengan Kuala Lumpur dan Pahang bakal terancam untuk turun ke Liga perdana mengiringi pasukan Perlis. Malah jika FAM menetapkan bahawa hanya 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super musim depan maka Sabah, Felda United, Negeri Sembilan, T-Team dan mungkin juga Johor FC bakal terancam jika di nilai dari sudut kiraaan mata.
Kesimpulannya hanya pasukan terbaik bakal terus kekal dalam liga Super musim 2011-2012.
0 ulasan:
Catat Ulasan