Perlukah Pemain Import dalam bola sepak Malaysia?

Aku ni memang peminat sukan terutama bola sepak Malaysia walaupun ramai yang kata apa kelas tengok bola sepak Malaysia, main bola takda stail. Tapi bagi aku bolas sepak Malaysia masih yang terbaik. Lagipun kalau bukan kita siapa lagilah yang akan menyokong industri bola sepak kita, takkan nak harapkan Ryan Gigs atau Wyne Ronney nak sokong. Tapi malangnya sekarang ni dah tak ada siarang langsung kat RTM. Bagi aku yang tak mampu nak beli ASTRO terpaksalah bergantung kepada akhbar. Itupun kalau adalah. Entah di mana masalahnya siaran langsung masih tak dapat disiarkan walaupun pada awalnya dijanjikan RTM tetap menyiarkan Liga M secara langsung. Mungkin kerajaan ada alasan tersendiri.



Tapi kali ini aku bukan nak cakap pasal siaran langsung ini. Biarlah para menteri yang menyelesaikannya walaupun aku tahu ramai rakyat mahukan siaran langsung Liga M kembali ke RTM (aku rasalah menteri pun dah tahu masalah ni) tapi aku nak cakap tentang perlukah pemain import kembali dalam bola sepak Malaysia.

Aku secara peribadi menyokong jika pemain import kembali kedalam bola sepak Malaysia. Alasan ku senang sahaja. Kenapa kita selalu berfikaran negatif tentang pemain import. Ada yang mengatakan bahawa dengan adanya pemain import ini akan menyekat peluang pemain tempatan utnuk bersaing. Adui sempitnya pemikiran, kenapa kita tidak ambil ini sebagai cabaran untuk bersaing dengan pemain import. Tunjukkan pada dunia bahawa pemain tempatan juga mampu. Jangan kita kalah sebelum melawan. Pemain import belum sampai lagi dah banyak yang mengeluh. Kita ambil contoh liga yang hebat macam EPL. Dalam EPL ada pemain import tetapi bola sepak Engaland tetap maju. Pasukan England tetap sebuah pasukan yang kuat di peringkat dunia. Sebab mentaliti pemain mereka adalah mahu membuktikan mereka lebih baik dari pemain import walaupun terdapat lambakan pemain import dalam liga mereka dan semuanya dalah bertaraf bintang.

Satu lagi, dengan adanya pemain import akan dapat menarik lebih ramai penyokong ke stadium (lebih-lebih lagi sekarang RTM tak siarkan perlawanan)  dan juga akan menarik lebih ramai penajaan dari syarikat-syarikat swasta. FA tak perlulah mengeluh takda duit bila dah ramai penaja. FA juga tak perlu lagi bergantung kepada peruntukan FAM. Dengan duit yang ada FAM akan dapat membangungak bola sepak Malaysia dengan lebih baik lagi. Bagaimana caranya itu terpulanglah pada FA masing-masing untuk menggunkan pemain import ni untuk menarik penajaan.

Entah bilalah dapat tengok Malaysia main kat piala dunia.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa perlu ada pemain import sebb untuk main peringkat AFC kita kena ada pemain import...tak kan kita nak main kat kg sendiri ja...kita kena keluar baru player kita boleh di kenali seterusnya membuka peluang player kita kembangkan sayap dorang kat peringkat lebih tinggi

Tanpa Nama berkata...

saya sokong...

Cari Player & Team Bola Malaysia berkata...

Cari Game Friendly bola sepak padang & futsal. =>

Cari Player & Team Bola Malaysia