Nuklear 2021????


Hari ini genap sudah 25 tahun bencana paling dasyat dalam sejarah nuklear dunia. Meletupnya reaktor nuklear  Chernobyl. Tragedi Chernobyl bermula dengan letupan reaktor  ke empatnya. Letupan berlaku terjadi ketika satu ujikaji rahsia sedang dijalankan. Akibatnya pembebasan radiasi meliputi satu kawasan yang sangat luas meliputi Ukarain, Belarus dan Rusia. Sampai sekarang tiada kepastian berapa jumlah sebenar korban tragedi dasyat ini. Pihak WHO menyatakan 9,000 orang terkorban namun pihak Greenpeace menyatakan jumlah yang terkorban mungkin jauh lebih besar memandangkan kawasan yang terjejas terlalu luas.

Itulah satu-satunya tragedi yang melibatkan reaktor nuklear sehinggalah berlakunya krisis loji Fukushima akibat dari gempa bumi dengan kekuatan 9.0 pada skala richterdan juga tsunami yang melanda Jepun. Akibat dari ini maka terdapat cadangan agar projek untuk menggunakan tenaga nuklear bagi menjana tenaga pada 2021 di tangguhkan.

Kenapa mesti ditangguhkan? Aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini. Tetapi menurut aku apakah kita perlu menidakkan kemajuan sedakan bahan api fosil akan habis dalam 1 atau 2 dekat lagi. Kenapa kita perlu takut. Terdapat perbezaan yang ketara dalam dua tragedi ini. Chernobyl meletup kerana kegagalan system yang mungkin diakibatkan tahap teknologi yang masih belum cukup manakala krisis Fukusima akibat dari bencana alam. Siapa yang boleh melawan kuasa alam.

Pada akulah, kita sepatutnya merujuk kedua-dua tragedi ini dari sudut yang positif. Kita boleh belajar untuk kita mencipta sistem nuklear kita sendiri dan tidak mengulangi kesilapan Chernobyl dan Fukushima. Sampai bila kita harus bergantung pada teknologi luar. Kata orang bijak pandai jika kita berani gagal maka kita tak akan gagal.

P/s : Takziah kepada mereka yang kehilangan keluarga dan sahabat dalam tragedy Chernobyl dan bencana alam di Jepun. Bila agaknya angkasawan kedua kita dapat pergi ke angkasa… Takkan lah projek penerokaan angkasa lepas ni pun dikata satu pembaziran.. Aduiii negara ku…

3 ulasan:

bunga2hati berkata...

hai...jumpa log anda di mangga ad.! saya suka semangat anda dari segi isi penulisan blog...saya pun turut bersemangat menbacanya. sudi-sudilah jengok dan follow blog saya ya!
http://bunga2hati.blogspot.com

Pendekar Biru berkata...

Terima kasih bunga2hati...saya pasti melawat blog anda.

BEAUFORT BAMBARAYON ( Toy Kb ) berkata...

Sy setuju nuklear 2021 adakan....apa barang takut datuk...kita mahu maju bah....jgn sampai kena pijak...datuk...